Kelas Membuat Poster

29 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 November 2019, telah berlangsungnya kelas membuat poster di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kelas ini yang diadakan selama 3 jam bermula jam 09.45 pagi – 12.45 tengah hari.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana membuat poster sendiri menggunakan aplikasi percuma di internet. Aplikasi Crello.com menyediakan pelbagai reka bentuk dan lakaran untuk dipilih. Para peserta telah diajar untuk memilih reka bentuk yang sedia ada dan menyuntingnya mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali